top of page
Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-10 Kelab Sukan, Sosial & Kebajikan JKR WPP

Tarikh : 05 Jun 2018

Kelab Sukan, Sosial & Kebajikan (KSSK) JKR W.P. Putrajaya telah menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-10 yang telah berlangsung pada 5 Jun 2018 di Aras 3, Blok C7, JKR WPP. Mesyuarat berlangsung pada jam 9.00 pagi dengan setiap kehadiran telah menerima cenderamata ikhlas dari KSSK.

 

Majlis berlangsung dengan ucapan aluan Dato’ Pengarah selaku Yang Di Pertua KSSK JKR WPP. Dato YDP secara ringkasnya mengucapkan tahniah dan syabas kepada jawatankuasa KSSK kerana berjaya menyediakan pelbagai aktiviti sepanjang tahun 2016-2018. Beliau juga berharap bagi pemilihan jawatankuasa baharu KSSK dapat meneruskan kecemerlangan & memberi nafas baru kepada KSSK bagi tahun mendatang.

 

Dato’ YDP meneruskan mesyuarat tahunan dengan menyerahkan kepada Setiausaha Kehormat bagi meneruskan atusrcara pengesahan minit mesyuarat, pembentangan laporan aktiviti, dan laporan kewangan sepanjang tahun 2016 sehingga 2017. Bagi sesi pembentangan usul, Dato’ YDPmemberi penjelasan bagi 3 usul yang telah diutarakan. Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan “Dari Kita Untuk Kita”, penyampaian hadiah dan piala pusingan aktiviti sukan dan pembubaran Jawatankuasa KSSK 2016/2018.

 

Acara kemuncak yang ditunggu-tunggu adalah pemilihan Jawatankuasa Baharu KSSK bagi sesi 2016-2018. 15 jawatankuasa dipertandingankan dan telah dilantikbersemangat dalam menerajui kecemerlangan KSSK JKR WPP. Majlis ditangguh pada jam 12.30 tengahari.

Berita Disediakan Oleh

Jawatankuasa

Kelab Sukan, Sosial & Kebajikan

JKR W.P. Putrajaya.

bottom of page