top of page
Aktiviti Gotong Royong Rumah Anak Yatim Darul Izzah 

Tarikh : 8 Februari 2018

Pada 8 Februari 2018, pihak JKR Putrajaya, Bahagian Senggara Kuarters telah menganjurkan aktiviti gotong-royong di Rumah Anak Yatim Darul Izzah, Teras Jernang, Kajang.  Aktiviti ini dijalankan bagi memenuhi tanggungjawab sosial korporat  JKR Putrajaya.  Aktiviti gotong-royong ini telah bermula pada 9 pagi dan berakhir 6 petang. Aktiviti ini disertai oleh 50 orang kakitangan JKR Putrajaya yang diwakili setiap zon, pihak kontraktor dan 25 orang anak yatim Darul Izzah.

Pihak JKR Putrajaya menyumbangkan keperluan asas seperti beras, gula, minyak masak serta perabot yang telah diserahkan kepada pengerusi Rumah Anak Yatim Darul Izzah, Dr, Nabil Bin Razak.  Manakala pihak kontraktor telah menyumbangkan kemudahan infra seperti kipas, pintu, exhaust fan dan lain-lain. 

 

Berita disediakan oleh ;

 

Ismail Bin Husaini
Wakil Bahagian Senggara Kuarters
Jawatankuasa Laman Web JKRWPP

bottom of page