top of page
Anugerah Cemerlang Keselamatan Dan Kesihatan Permis JKR WP Putrajaya

Tarikh : 07 Julai 2018

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya telah dinobatkan sebagai Johan dalam Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Premis JKR 2018 semasa  Persidangan Pegawai Kanan 2018 ( SOC ) di Alor Setar pada baru –baru ini.

 

Sijil Penghargaan Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Permis JKR 2018 telah disampaikan oleh YAB Menteri Kerja Raya Tuan Baru Brian kepada Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya, Dato’ Ir.Hj. Habbali Bin Ibrahim.

 

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada seluruh warga kerja JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya diatas kejayaan serta anugerah yang dimiliki. Kerjasama berterusan serta usaha yang tinggi adalah kunci kejayaan buat semua. Semoga JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya terus gemilang dimasa akan datang.

Berita Disediakan Oleh

Noor Shahrazal Bin Muhamad

Jawatankuasa Kecil Promosi

JawatanKuasa Keselamatan dan Kesihatan

JKR W.P Putrajaya

bottom of page