top of page
Majlis Anugerah Pensijilan JKR Tahun 2019

Tarikh : 24hb Sep 2019 (Selasa)

JKR WP Putrajaya mengucapkan tahniah kepada penerima Anugerah Pensijilan JKR Tahun 2019. Diantara penerima anugerah tersebut adalah Puan Zakiah Bt Klewan (Juruukur Bahan Kanan) dan En. Mohd Shahriman Bin Abd. Latef (Juruukur Bahan) bagi Kompetensi Pengurus Tuntutan Kontrak. Seterusnya bagi Kompetensi Kejuruteraan Alam Sekitar, En. Ahmad Afzan Bin Mohamad Bakri (Jurutera Mekanikal) turut berjaya mendapatkan pensijilan.  

 

Majlis ini merupakan anjuran Bahagian Kompetensi, Pensijilan & Akreditasi Kejuruteraan, CREaTE. Majlis telah diserikan dengan perasmian oleh YBhg. Dato’ KPKR dan penyampaian pentauliahan oleh Dato’ KPKR, TKPKR dan Ketua-Ketua Disiplin yang lain. Majlis ini telah diadakan di Dewan Utama, CREaTE. Alor Gajah Melaka.

 

JKR WP Putrajaya amat bersetuju dalam program pensijilan ini kerana ianya bukan sahaja merupakan usaha melengkapi kemahiran dan kepakaran tertentu kepada pegawai malah turut menjadi platform ke arah mendepani Industri Revolusi 4.0. Semoga usaha pentauliahan ini memberi semangat kepada semua pegawai untuk terus cemerlang di masa akan datang. Lengkapkan diri dengan potensi, kemahiran tinggi dan kualiti demi mencapai matlamat organisasi.

 

“Kompetensi Pemacu Kecemerlangan”

 

Disediakan oleh;

 

Mohd Shahriman Bin Abd. Latef

Juruukur Bahan

Bahagian Kontrak & Ukur Bahan

JKR WP Putrajaya

bottom of page