top of page
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Bagi Tahun 2018

Tarikh : 30hb April 2019 (Selasa)

JKR WP Putrajaya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua 12 penerima APC tahun 2018. Senarai penerima tersebut adalah YBhg. Dato’ Ir Hj Habbali Bin Ibrahim, Ir Lai Liang Koong, En Asha’ari Bin Hj. Hasan, Puan Sr. Thalasiah Bt Mohd Saad, En Muhammad Nazri Bin Omar, Puan Yusnizah Bt Kusnin, En. Ismail Bin Husaini, En. Mohd Shahriman Bin Abd. Latef, En. Mohd Hashimi Bin Abdullah, En. Abdul Nizam Bin Abdullah Sani, Puan Adilah Bt Azmi dan En Azizul Bin Taat.

 

Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kementerian Kerja Raya Malaysia, Kuala Lumpur.Aturcara majlis bermula seawal jam 6.45 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari. Majlis tersebut telah diserikan dengan ketibaan YB Timbalan Menteri Kerja Raya, Ketua Setiausaha KKR, Ketua-Ketua Agensi dan Timbalan Ketua Agensi/Pegawai Kanan Agensi.

 

Semoga dengan penganugerahan ini, ianya menjadi lonjakan semangat kepada semua kakitangan JKR WP Putrajaya pada masa akan datang. Tanpa berkat usaha semua warga kerja, tidak mungkin kecemerlangan akan terhasil.

 

Tanamkan azam, bertekadlah untuk meraih kecemerlangan dan bekerjasama secara berpasukan. Sesungguhnya kejayaan yang diraih adalah berkat usaha 1 JKR WP Putrajaya. Semoga berjumpa lagi di majlis tahun hadapan. Insha Allah.

 

Salam Kecemerlangan dari warga JKR WP Putrajaya,

Disediakan oleh:

Mohd Shahriman Bin Abd. Latef

Juruukur Bahan

MBJ JKR WP Putrajaya

bottom of page