top of page
Appreciation Lunch bersama Pn Haslina Sumairi, Ketua Bahagian Arkitek dan En Emy Nur Zairi, Pelukis Pelan Awam di Bahagian Arkitek.

Tarikh : 29hb November 2018 (Khamis)

Bahagian Arkitek telah menganjurkan Appreciation Lunch untuk Pn Haslina Sumairi, Arkitek Penguasa Kanan J54, ketua di Bahagian Arkitek dan En Emy Nur Zairi, Pelukis Pelan Awam JA19. Majlis ini telah dilangsungkan di Restoran Pot and Pan, Putrajaya International Conference Centre pada 29 November 2018 yang lalu.

 

Pn Haslina Sumairi sebagai Arkitek Penguasa Kanan gred 54 selaku Ketua Bahagian Arkitek sejak 13 Oktober 2016 telah diarahkan bertukar ke Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat dan ditempatkan ke Pasukan Projek Khas 1. Sekali lagi, beliau diberi mandat untuk melibatkan diri sebagai pasukan projek bagi projek-projek kesihatan bermula 19 November 2018. Sepanjang di JKR WP Putrajaya, beliau bergerak aktif dengan memegang portfolio penting sebagai ‘Champion’ Kelestarian di dalam Bisnes Plan JKR WP Putrajaya. Beliau turut bergerak aktif dengan jawatan-jawatan penting seperti Penyelaras PPPL untuk Duta Lestari, Penyelaras PPL untuk Sistem Pengurusan Tenaga, Penyelaras bagi SPAS, Ketua Zon Emas bagi EKSA serta AJK bagi JKK Keselamatan dan Kesihatan JKR WP Putrajaya sebagai Wakil Majikan. Pelbagai program dan aktiviti telah dijayakan oleh beliau sepanjang tempoh beliau memegang portfolio-portfolio tersebut, disamping menjalankan tugas hakiki dengan cemerlang. Bahagian Arkitek khususnya bertuah mempunyai pemimpin seperti beliau yang berdedikasi, mudah didekati, sedia berkongsi ilmu dan mudah dibawa berbincang.

 

Majlis Appreciation Lunch ini juga turut meraikan En Emy Nurzairi, Pelukis Pelan Awam yang mula bertugas di Bahagian Arkitek, JKR WP Putrajaya pada Februari 2018 yang akan bertukar ke Pejabat Tanah dan Galian Putrajaya atas kapasiti kenaikan pangkat ke gred J22. Walaupun hanya sekitar 10 bulan bersama-sama di Bahagian Arkitek, jasa dan kerjasama turut dirasai. Tahniah atas kenaikan pangkat.

 

Selain makan tengahari dan ramah mesra bersama, acara ‘Talking Circle’ turut dilaksanakan dengan bertukar-tukar ucapan antara Pn Haslina dan En Emy Nur zairi bersama warga Bahagian Arkitek. Amanat dan perkongsian sepanjang acara tersebut akan diambil dan dikenang sebagai tauladan. Semoga ukhwah dan kerjasama yang terjalin akan terus dirai. Majlis kemudianya berakhir dengan penyerahan tanda ingatan dan penghargaan, ikhlas daripada warga Bahagian Arkitek untuk ketua dan rakan yang disayangi.

 

Terima kasih atas jasa bakti kalian.

Berita Disediakan Oleh

Bahagian Arkitek

JKR WP Putrajaya

bottom of page