top of page
Pensijilan Semula Dan Menaik Taraf - ISO 9001:2015

Tarikh : 09hb November 2018 (Jumaat)

Audit Pemantauan sistem pengurusan kualiti organisasi pensijilan semula dan menaik taraf ISO 9001: 2008 kepada ISO 9001:2015 telah diadakan oleh pegawai auditor SIRIM QAS International Sdn.Bhd bermula 8hb sehingga 9hb November 2018.

 

Audit ini bertujuan bagi menilai pematuhan yang berterusan sistem pengurusan organisasi dan projek terhadap keperluan-keperluan standard. Ia juga untuk menentukan samada operasi sistem pengurusan mampu menyumbang kepada pencapaian objektif organisasi dan juga output sistem pengurusan. Pendekatan Risk Based Thinking, PDCA dan 'process approach' diterapkan dalam pensijilan ISO 9001:2015.

 

Hasil daripada audit yang dijalankan selama 2 hari, pihak SIRIM berpuashati dengan penilaian yang dibuat terhadap prestasi dasar, objektif pengurusan dan pengurusan risiko yang melibatkan audit dalaman, pengurusan projek, perundingan perkhidmatan teknikal dan pentadbiran sumber manusia.

Pembaharuan pensijilan dan menaik taraf kepada ISO 9001: 2015 telah disyorkan oleh pihak SIRIM bagi tahun berikutnya.

Berita Disediakan Oleh

Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi)

JKR WP Putrajaya

bottom of page