top of page
Bengkel “Ascertained Performance Deduction (APD)”

Tarikh : 17hb Okt 2019 (Khamis)

Bengkel “Ascertained Performance Deduction (APD)” telah berlangsung selama 3 hari bermula pada pada 15 Oktober 2019 (Selasa) hingga 17 Oktober 2019 (Khamis) bertempat di Bilik Taklimat Tender, Aras 1 JKR WP Putrajaya. Bengkel ini berlansung sepanjang hari bermula jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang dimana melibatkan peserta daripada bahagian senggara bangunan dan kuarters yand terdiri seramai 36 orang peserta.

 

Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan berkenaan Performance Requirement For Building Facility Management & Maintenance (Appendix 7B) 2019, penanda aras prestasi (KPI) dan formula serta konsep formula pengiraan APD yang melibatkan demerit yang telah disampaikan oleh Puan Yusnizah Binti Mohd Kusnin, Jurutera Awam Kanan Bahagian Senggara Zon 3. Para perserta juga diuji dengan beberapa kajian kes bagi meningkatkan kefahamana terutama dalam penilian dan pengiraan APD terkahadap kerja-kerja penyenggaraan oleh kontraktor.

 

Semoga dengan penerangan dan perincian yang telah disampaikan dapat membantu kakitangan bahagian senggara bangunan dan kuarters dalam pemahaman pengurusan fasiliti khususnya melibatkan bangunan kerajaan di Putrajaya dibawah selenggara JKR WP Putrajaya.

Berita Disediakan Oleh

Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi)

JKR WP Putrajaya

bottom of page