top of page
Bengkel Dan Taklimat FMM

Tarikh : 22 November 2017

  Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya telah mengadakan taklimat bengkel FMM kepada kakitangan baru yang terdiri daripada pegawai disipilin Juruukur Bangunan yang akan memainkan peranan sebagai Verifier bagi kontrak-kontrak penyelengaraan di Putrajaya. Bengkel dan taklimat ini berlangsung selama 2 hari bermula pada 21hb sehingga 22hb November 2017 bertempat di Bilik Taklimat Tender JKR WP Putrajaya.


   Seramai 21 kakitangan Verifier terlibat bagi bengkel ini yang diuruskan oleh Unit Pengurusan Strategik dan Intervensi. Penceramah terdiri daripada Pegawai dalaman dan perkongsian ilmu serta pengalaman dari syarikat-syarikat kontraktor yang menjalankan perkhidmatan penyelengaraan di Putrajaya. Para perserta di dedahkan dengan input-input pengurusan kontrak, pengurusan fasiliti dan pengurusan tenaga bagi bagunan jabatan kerajaan di Putrajaya. Para perserta juga diberikan tugasan dan ujian pada hari terakhir bengkel bagi mengukur tahap pemahaman peserta.

bottom of page