top of page
Bengkel Inovasi dan KIK 2020 JKR WP Putrajaya

Tarikh : 17hb Feb 2020 (Isnin)

Pada 15 sehingga 17 Februari 2020, sebuah Bengkel Inovasi dan KIK anjuran Unit Pengurusan Strategik dan Intervensi (UPSi) telah diadakan dan dilaksanakan bertempat di JKR Perak, Ipoh selama tiga hari. Oleh yang demikian, seramai 32 orang staf turut serta menghadiri bengkel ini. Tambahan lagi, bengkel ini turut diserikan dengan kehadiran penceramah, En. Al-Bakri Mohamed, pensyarah dari UiTM Seremban, Negeri Sembilan yang merupakan pemegang anugerah Fasilitator Terbaik pada Konvensyen KIK UiTM Zon Selatan 2019, serta isterinya.

 

Sehubungan dengan itu, pada tahun ini JKR WP Putrajaya akan menghantar tiga kumpulan yang terdiri daripada dua kumpulan pengurusan dan satu kumpulan teknikal bagi merebut gelaran juara dalam pertandingan Hari Inovasi 2020 anjuran Kementerian Kerja Raya. Perkara ini merupakan rentetan kejayaan dalam merangkul gelaran Johan pada Hari Inovasi Kementerian Kerja Raya 2019 dalam kategori Inovasi Pengurusan Pejabat Terbaik Tahun 2019.

 

Oleh sebab itu, dengan terlaksananya bengkel ini, diharapkan kejayaan dapat dipertahankan serta bertambah untuk pertandingan Hari Inovasi tahun ini. Seterusnya, terima kasih diucapkan atas kerjasama staf JKR WP Putrajaya serta En. Al-Bakri Mohamed dan isteri yang sudi bersama-sama meluangkan masa dalam menjayakan bengkel ini.

Berita Disediakan Oleh:

Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi)

JKR WP Putrajaya

bottom of page