top of page
Bengkel Penyediaan Dokumen Tender Kontrak Kompleks Islam Putrajaya (KIP)

Tarikh : 13hb Sep 2019 (Jumaat)

Bahagian Senggara Zon 3 (JKR WPP) dengan kerjasama JAKIM telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Dokumen Tender Kontrak Kompleks Islam Putrajaya (KIP) bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi Selangor yang berlangsung selama 3 hari bermula 11hb hingga 13hb September 2019.

 

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk penyediaan dokumen tender kontrak penyelenggaraan pengurusan fasiliti (FM) dan House Keeping bagi ruang sewaan bangunan Kerajaan di Kompleks Islam Putrajaya (KIP), present 3 Putrajaya yang melibatkan 5 agensi Kerajaan iaitu JAKIM, JKSM, JAWI, JAWHAR dan MUFTI. Bengkel ini telah disertai seramai 45 peserta yang terdiri daripada wakil-wakil agensi Kerajaan yang terlibat, wakil pemilik dan pengurus bangunan sedia ada dan kakitangan JKR WP Putrajaya.

 

Antara agenda sepanjang bengkel telah berlansung adalah taklimat dan perbincangan serta penetapan mengenai Skop Periodic Preventive Maintenance (PPM), Key Performance Indicator (KPI), cadangan kerja ' Repair & Replacement (R&R)', Taklimat Penyelenggaraan ICT oleh Pegawai MAMPU iaitu oleh Puan Zaiha Binti.Mat Nor daripada Bahagian Perundingan ICT, sesi semakan dokumen bersama pihak Ukur Bahan JKR WPP dan sesi pembentangan Timeline & Bajet.

 

Kerjasama yang sangat baik daripada kesemua yang terlibat terdiri daripada wakil-wakil agensi dan JKR WP Putrajaya telah menjayakan penyiapan dokumen tender kontrak ini.

Berita Disediakan Oleh

Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi)

JKR WP Putrajaya

bottom of page