top of page
Ceramah Integriti

Tarikh : 23 Februari 2018

Pada 23hb Februari 2018, Bahagian Senggara Kuarters JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya telah menganjurkan ceramah integriti yang bertajuk ‘Janji Allah Pasti’. 

 

Program ceramah integriti  ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3, JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya dan telah berlangsung selama 2 jam bermula 8.30 pagi sehingga 10.30 pagi. 

 

Program ceramah ini telah disampaikan oleh Ustazah Dr. Robiah K Hamzah yang merupakan seorang pakar motivasi.  Ceramah integriti ini telah dihadiri seramai 60 orang kakitangan JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya.

 


Bahagian Senggara Kuarters
JKR WP Putrajaya

bottom of page