top of page
Bengkel Pelan Bisnes JKR WP Putrajaya

Tarikh : 10 Januari 2018

Pada 10hb Januari 2018, Unit Pengurusan Strategik & Intervensi telah mengadakan Bengkel Pelan Bisnes JKR WP Putrajaya. Bengkel ini adalah bertujuan memberi pendedahan kaedah penetapan "action plan" dan "operational plan" bagi Pelan Bisnes JKR WP Putrajaya untuk mencapai KPI Pengarah dan seterusnya selaras dengan Pelan Bisnes Jabatan Kerja Raya 2016-2020.

 

Seramai 37 peserta yang dibahagikan kepada 6 kumpulan terdiri daripada jawatan J41 hingga J48 dijemput untuk menghadiri bangkel ini. Pihak penganjur turut menjemput 3 orang moderator daripada cawangan CDPK IbuPejabat JKR Malaysia iaitu:
            a) Pn. Lenny Sheryme binti Jamin / Jurutera Awam, J44
            b) Pn. Nor Hidayah binti Mohd Yusof @ Sutris / Jurutera Elektrik, J41
            c) Pn. Nurulhayati Bte Md Yusoff / Jurutera Awam, J41
untuk memberi taklimat berkaitan 5 Tema yang terdapat dalam Pelan Bisnes Jabatan Kerja Raya 2016-2020.

 

Moderator juga turut membantu setiap kumpulan untuk menilai dan mengemaskini Pelan Bisnes JKR WP Putrajaya yang sedia ada berdasarkan "JKR Strategic Objective" yang telah ditugaskan kepada setiap kumpulan.

- Berita disediakan oleh : Unit Pengurusan Strategik & Intervensi

bottom of page