top of page
Taklimat : "Low Voltage Lightning Protection"

Tarikh : 09 Januari 2018

Pada 9 Januari   baru-baru ini , Zon Senggara Zon 2 telah menganjurkan suatu taklimat Pelindung Kilat  Voltan Rendah yang berlangsung di Bilik Taklimat Tender Jabatan Kerja Raya  Wilayah Persekutuan Putrajaya. Syarikat L. V. Control Sdn. Bhd. telah dijemput untuk memberikan taklimat dan demonstrasi keberfungsian alatan jenama DUVAL.

Peralatan pelindungan tersebut adalah peralatan yang dapat melindungi peralatan elektrikal dan komponen elektronik dalam sistem elektrik dalam bangunan daripada rosak akibat terkena renjatan kilat dan petir secara langsung atau tidak langsung. Produk peralatan pelindungan DUVAL bukan sahaja untuk kegunaan industri dan bangunan komersial tetapi terdapat juga untuk rumah persendirian.

Antara produk yang diperkenalkan semasa taklimat berlangsung ialah Miniature Circuit Breakers (MCB), Surge Protection Device (SPD), Residual Current Circuit Breakers (RCCB). Produk AC Surge Protection Device (ACSPD) lebih ditekan di dalam taklimat tersebut kerana hampir ke semua industri dan bangunan menggunakannya sebagai pelindungan.

AC Surge Protection Device terbahagi kepada dua jenis iaitu Modular dan Pluggable. Selain daripada itu, Modular dan Pluggable juga mempunyai model yang berbeza iaitu 3-fasa dan 1-fasa. Permilihan model adalah bergantung kepada kesesuaian penggunaannya.

Keunikan produk AC Surge Protection Device jenis modular adalah, ianya mempunyai isyarat LED. Terdapat tiga LED di permukaan SPD yang memaklumkan jangka hayat komponen tersebut. Sekiranya terdapat satu LED tidak berfungsi, ianya masih boleh digunakan kerana masih mempunyai dua LED yang menyala. Selain itu, aksesori bagi pembumian DUVAL turut diterangkan antaranya ialah, Pure Coppertape, Earth Chamber, C45 Earth Rod with Coupling, Exothermic Welding dan Enhancing Powder.

Taklimat ini diakhiri dengan sesi soal jawab antara para peserta taklimat dan pihak L.V Control Sdn Bhd. Perbincangan isu berkaitan di tapak juga dibincangkan bersama bagi mendapatkan penyelesaian di antara pihak JKR, kontraktor dan  L. V. Control Sdn. Bhd.  JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya berterima kasih atas kesudian pihak Syarikat L.V. Control Sdn Bhd. memberi taklimat dan demonstrasi yang sangat bermanfaat kepada seluruh warga kerja JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya.

- Berita disediakan oleh : Bahagian Senggara Zon 2

bottom of page