top of page
Usrah Nurani: "Kempunan Rahmat Ramadhan"

Tarikh : 23hb April 2021 (Jumaat)

 

Pada hari Jumaat 23 April 2021 bersamaan 12 Ramadhan 1442H, telah berlangsung satu program Usrah Nurani yang dianjurkan oleh Bahagian Bangunan Kerajaan 3 (BBK3) JKR WP Putrajaya. Program ini dimulai dengan sesi pendaftaran pada jam 8.30 pagi yang bertempat di Bilik Taklimat Jabatan Aras 3.


Majlis perkongsian ilmu ini telah disampaikan oleh Tuan Haji ikmal Zaidi bin hashim al hafiz  Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya. Terdapat 90 orang peserta yang menghadiri majlis ini. Tajuk bagi usrah Nurani ini adalah “Kempunan Rahmat Ramadhan’”. Antara isi kandungan yang disampaikan ialah ciri-ciri orang yang bertakwa iaitu dengan memiliki sifat pemurah, penyabar, pemaaf dan pentaubat. Majlis ini diakhiri dengan sumbangan cenderahati kepada penceramah sebagai tanda terima kasih kerana sudi menerima jemputan daripada pihak JKR WP Putrajaya.

 

Terima kasih tidak terhingga juga kepada para peserta dan semua pihak yang terlibat sepanjang program Usrah Nurani ini. Semoga apa yang disampaikan oleh penceramah dapat kita amalkan dengan penuh istiqamah  agar mendapat keberkatan di bulan Ramadhan yang mulia ini.

 

Berita disediakan oleh:

Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi)

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

bottom of page