top of page
Dari Kita Untuk Kita @ Biro Kebajikan Ziarah Keluarga En Sujeni Bin Sulaiman

Tarikh : 16hb Dis 2019 (Isnin)

Biro Kebajikan melalui Kelab Sukan, Sosial Dan Kebajikan JKR WPP telah melakukan satu ziarah silaturahim kepada keluarga En Sujeni Bin Sulaiman (Penolong Jurutera Elektrik) Bahagian Senggara Zon 3. JKR WP Putrajaya yang telah menerima ujian daripada Allah. Beliau telah kehilangan anak yang baru dilahirkan akibat komplikasi selepas kelahiran.

 

Melalui AJK Biro Kebajikan, satu kutipan khas sumbangan telah dibuat daripada kakitangan JKR WP Putrajaya dan YBhg. Dato’ Ir Hj. Habbali Bin Ibrahim selaku Tuan Yang Dipertua KSSK telah berkesempatan menyerahkan sendiri sumbangan tersebut kepada keluarga beliau di kediamannya di PPAM Larai, Presint 6, Putrajaya.

 

Melalui Biro Kebajikan, program Dari Kita Untuk Kita (DKUK) sumbangan kepada keluarga En Sujeni adalah merangkumi Cenderahati Cahaya Mata dan Cenderahati Kematian Keluarga. Program ziarah ini telah disertai oleh Bahagian Kuarters yang diwakili oleh 7 orang pegawai, Encik Mohd Shahriman Bin Abd. Latef selaku AJK Biro Kebajikan, Cik Nazira Binti Mohamed Masri, Puan Nurul Farhana Binti Mohamad Fadzil dan Encik Khairul Salleh Bin Idris selaku wakil Bahagian Korporat

 

Akhir Kalam, warga JKR WP Putrajaya mendoakan agar keluarga En Sujeni diberikan kekuatan dalam menempuhi dugaan dan insha Allah perancangan yang terbaik tidak lain tidak bukan hanya dari Allah. Sesungguhnya kita hanya merancang Tuhan yang menentukan yang terbaik untuk kita. Semoga kita semua dalam lindungan Rahmah Allah sentiasa.

 

Berita Disediakan Oleh

Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan

JKR WP Putrajaya

bottom of page