top of page
Mesyuarat Pengurusan Dan Penggunaan Sistem E-Perolehan Bagi Kontrak Housekeeping & Pest Control Dan Sebutharga (Perkhidmatan)

Tarikh : 27hb Januari 2019 (Ahad)

Bahagian Kontrak dan Ukur  Bahan, JKR WP Putrajaya telah mengadakan mesyuarat dan sesi ‘hands-on’ perolehan kerja perkhidmatan dengan kerjasama wakil Commercedotcom (CDC). Mesyuarat yang turut dihadiri oleh YBhg. Dato Ir. Haji Habbali bin Ibrahim, Pengarah JKR Putrajaya, ketua-ketua bahagian dan wakil- wakil bahagian ini telah memberi pendedahan secara menyeluruh ke atas proses perolehan secara kaedah E-Perolehan kini. Bertepatan dengan objektif mesyuarat ini dimana ianya bertujuan bagi memberi pengetahuan, pemahaman dan pengalaman bagi proses-proses yang terlibat di dalam E-Perolehan.

 

Bagi sesi ‘hands-on’ mesyuarat ini pihak JKR telah menjemput Cik Latun Amira Binti Zainal Abidin wakil dari CDC untuk menjadi fasilitator. Agenda mesyuarat adalah sepertimana berikut:-

 

Hari Pertama:

  1. Taklimat objektif mesyuarat & perjalanan mesyuarat

  2. Taklimat Penggunaan Sistem E-Perolehan oleh wakil CDC

  3. Pengumpulan maklumat kontrak dan skop kerja

 

Hari Kedua:

  1. Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan bagi Sistem E-P

  2. Sesi ‘hands-on’ penggunaan Sistem E-P

  3. Penetapan Spesifikasi, Keperluan Teknikal Dan Keperluan Kewangan

  4. Penetapan Kriteria Pemarkahan bagi item dan skop terlibat

 

Hari Ketiga:

  1. Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan bagi Sistem E-P, sambungan

  2. Pembentangan skop Penilaian Teknikal dan Penilaian Kewangan

  3. Rumusan Keseluruhan bagi mesyuarat

  4. Ucapan Penutup oleh YBhg. Dato’ Pengarah

 

Seusai Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan & Penggunaan Sistem E-P yang dilaksanakan di Swiss Garden Beach Resort Kuantan, pegawai yang terlibat akan melaksanakan apa yang telah dipelajari di dalam bidang kerja seharian dan di harap dengan jayanya kursus ini ianya dapat memberi nilai tambah kepada setiap pegawai yang terlibat.

 

 

Disediakan oleh;

Mohd Shahriman Bin Abd. Latef

Juruukur Bahan

Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan

JKR WP Putrajaya

bottom of page