top of page
Flag OFF Misi Bantuan Banjir JKR WP Putrajaya

Tarikh : 12hb Jan 2020 (Selasa)

JKR WP Putrajaya dengan jayanya melaksanakan tanggungjawab masyarakat bagi Misi Banjir JKR Prihatin. Misi pelapasan konvoi menghantar sumbangan bantuan banjir disempurnakan oleh YBrs. Ir Anita Binti Mohamed Shafie, Pengarah JKR WP Putrajaya pada 11 Januari 2021 jam 11.30 pagi.

Sebanyak 4 buah kenderaan Jabatan konvoi berisi barangan sumbangan yang terdiri daripada keperluan asas seperti beras, minyak, makanan, lampin pakai buang dan pakaian dihantar ke Blok G Menara Kerja Raya, Ibu Pejabat JKR Malaysia tempat pengumpulan barangan sumbangan.

Terima kasih tidak terhingga buat semua warga kerja JKR WP Putrajaya yang telah berbesar hati menyumbang semoga sedikit sebanyak sumbangan ini dapat meringankan beban mangsa banjir bagi keperluan harian mereka.

Berita Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Korporat

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

bottom of page