top of page
Program Gotong Royong Di Rumah Anak Yatim Darul Izzah

Tarikh : 23hb April 2019 (Selasa)

Pada 23 April 2019, pihak JKR Putrajaya, Bahagian Senggara Kuarters bersama pihak kontraktor Alam Bersih Sdn.Bhd telah menganjurkan aktiviti gotong-royong di Rumah Anak Yatim Darul Izzah, Teras Jernang, Kajang.  Aktiviti ini dijalankan bagi memenuhi tanggungjawab sosial korporat  JKR WP Putrajaya.

Aktiviti gotong-royong ini telah bermula pada jam 2 petang hingga jam 5 petang. Aktiviti ini disertai oleh 60 orang kakitangan JKR Putrajaya yang terdiri daripada wakil-wakil zon senggara dan korporat serta pihak kontraktor dan turut serta 16 orang anak yatim Darul Izzah. Antara aktiviti gotong royong yang dijalankan adalah membersihkan kawasan persekitaran, mengecat ruang bilik, gunting rambut dan lain-lain.

 

​JKR WP Putrajaya telah menyampaikan cenderahati buat anak-anak yatim dan pihak kontraktor berbesar hati menyumbangkan kemudahan infra mesin basuh bagi kegunaan penghuni rumah anak yatim.

Berita Disediakan Oleh:

Mohd Nur Akman Bin Mohd Hanafiah

Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi)

JKR WP Putrajaya

bottom of page