top of page
Majlis Iftar Ramadhan Bersama Anak Yatim Darul Izzah

Tarikh : 17hb Mei 2019 (Jumaat)

Biro Kebajikan melalui Kelab Sukan, Sosial Dan Kebajikan JKR WPP telah berjaya mengadakan majlis Iftar bersama anak-anak yatim Darul Izzah Bangi bertempat di Restoran Balqis, Ayer 8, Presint 8, Putrajaya.

 

Majlis yang bermula pada jam 6.00 petang telah diserikan dengan kehadiran ke semua 17 orang anak yatim, 4 orang ustaz/ustazah pengiring dan JKR Putrajaya pula telah diwakili oleh Encik Ir Ibtisham Bin L. Saleh yang mewakili YBhg. Dato Pengarah, Ir Hj Masri Bin Baharuddin (Ketua Biro Kebajikan), En Mohd Ikram Bin Mahmod, En Hj Ismail Bin Hussaini, En Mohd Shahriman Bin Abd. Latef dan En Rosleen Bin Kasim.

 

Berkat sumbangan ikhlas warga kerja JKR WP Putrajaya, majlis ini telah berjalan dengan lancar dan aktiviti yang dilaksanakan adalah sesi beramah mesra dengan anak yatim, bacaan doa selamat dan pemberian duit raya. Untuk makluman majlis turut diserikan oleh Tuan Ir Syed Jaafar Idid Bin Syed Abdyllah Idid selaku mantan Timbalan Pengarah JKR WP Putrajaya.

 

Syukur ke hadrat illahi kerana majlis yang dirancang pada awal tahun telah terlaksana jua dan semoga ikatan silaturahim di antara Pengurusan Anak Yatim Darul Izzah dan JKR WP Putrajaya bertambah erat. JKR WP Putrajaya juga turut berharap penganjuran program-program akan datang akan lebih meriah dan mendapat sambutan dari semua pihak. Semoga usaha murni kita semua mendapat berkat dan rahmat dari Allah. Majlis iftar bersurai pada jam 8.15 malam.

Berita Disediakan Oleh:

Mohd Shahriman Bin Abd. Latef

Juruukur Bahan

Biro Kebajikan, KSSK JKR WPP

bottom of page