top of page
ISO 9001:2008 – Pelan Audit Pemantauan

Tarikh : 2 November 2017

   Audit Pemantauan sistem pengurusan kualiti organisasi (ISO 9001:2008) telah diadakan oleh
SIRIM QAS International Sdn.Bhd bermula 1hb sehingga 2hb November 2017.

Audit ini bertujuan bagi menilai pematuhan yang berterusan sistem pengurusan organisasi
terhadap keperluan-keperluan standard. Ia juga untuk menentukan samada operasi sistem
pengurusan mampu menyumbang kepada pencapaian objektif organisasi dan juga output
sistem pengurusan.

   Hasil daripada audit yang dijalankan selama 2 hari, pihak SIRIM berpuashati dengan penilaian
yang dibuat terhadap prestasi dasar dan objektif pengurusan yang melibatkan audit dalaman,
perancangan penghasilan produk, lawatan tapak dan kawalan dokumen.

   Pengiktirafan pensijilan ISO 9001:2008 dilanjutkan untuk tempoh tahun seterusnya.

bottom of page