top of page
"Juara Berganda"

Tarikh : 3 Oktober 2017

JKRWPP telah menyertai Hari Inovasi JKR Malaysia yang bertempat di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Dan Teknologi JKR Malaysia (CREaTE) Melaka, acara berlangsung selama 2 hari bermula pada  2hb Oktober 2017 hingga 3hb Oktober 2017. Buat sulung kalinya JKRWPP menyertai pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dan telah berjaya memenangi tempat Johan bagi kedua-dua ketegori yang dipertandingkan. 
Taniah diucapkan bagi semua yang terlibat.

Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Kategori Pengurusan
1) Johan: Kumpulan Hikari dari JKR WP Putrajaya
2) Naib Johan: Kumpulan Nismilanders dari JKR Negeri Sembilan
3) Ketiga: Kumpulan InfoJKRMT dari JKR Melaka

Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Kategori Teknikal
1) Johan: Kumpulan Putraverve dari JKR WP Putrajaya
2) Naib Johan: Kumpulan Permata Maharani dari JKR Johor
3) Ketiga: Kumpulan Sinar dari JKR Pahang

bottom of page