top of page
Program Kayuhan Amal ke Rumah Anak Yatim Darul Izzah Kajang

Tarikh : 26hb Sep 2020 (Sabtu)

Program Kayuhan Amal ke Rumah Anak Yatim Darul Izzah Kajang telah diadakan pada 26 September 2020 (Sabtu) hasil kerjasama JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP), Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) dan Jabatan Audit Negara (JAN). Program ini melibatkan seramai 37 orang peserta yang berkayuh basikal secara berkumpulan bermula dari Kompleks F, Putrajaya ke Rumah Anak Yatim Darul Izzah Kajang sejauh 11 kilometer.

 

Program kayuhan ini merupakan julung-julung kalinya diadakan dengan kerjasama jabatan-jabatan lain tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi sumbangan dan menyantuni anak-anak yatim.

 

Diharap dengan adanya program seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan silatulrahim antara kakitangan JKR WP Putrajaya serta agensi-agensi yang terlibat bersama anak-anak yatim Darul Izzah.

Berita Disediakan Oleh

Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi)

JKR WP Putrajaya

bottom of page