top of page
Kursus Kesedaran Keselamatan Perlindungan

Tarikh : 25 Julai 2018 (Rabu)

Bahagian Pengurusan Korporat Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan  Putrajaya (JKR WPP) telah menganjurkan Kursus Kesedaran Keselamatan Perlindungan yang telah berlangsung selama dua (2) hari iaitu pada 24hb hingga 25hb Julai 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama.  Seramai 40 orang peserta telah menghadiri kursus tersebut iaitu terdiri daripada semua Ketua Bahagian, kakitangan yang dilantik sebagai pegawai bertugas keselamatan pelindungan dan kakitangan yang terlibat secara langsung dengan pengurusan Dokumen Rahsia Rasmi (Terhad, Rahsia dan Rahsia Besar).

 

Taklimat ini disampaikan oleh penceramah daripada Pusat Latihan Keselamatan Perlindungan Malaysia iaitu En. Mohamad Sofandi bin Bujang dari Program Pendidikan dan Kesedaran Keselamatan Perlindungan dan En. AG. Mohd Ismail bin A.M. Nordin dari Seksyen Keselamatan Perlindungan Maklumat ICT. Pengisian program adalah meliputi penerangan mengenai Ancaman Keselamatan,Kawalan Dokumen Perspektif Keselamatan Fizikal, Kawalan Dokumen Dari Perspektif Peribadi, Pengenalan Akta Rasmi 1972, Kawalan Dokumen Dari Perspektif Menerima, Memproses, Menyimpan, Menghantar, Menilai dan Melupus serta Pengendalian Buku Daftar Rahsia Rasmi dan Latih Amal Pengendalian Buku Daftar Rahsia Rasmi.

 

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran  mengenai keselamatan perlindungan pejabat Kerajaan serta membuat penambahbaikan terhadap sistem keselamatan supaya mematuhi peraturan dan prosedur selaras dengan Buku Arahan Keselamatan. Dengan adanya pengurusan rekod yang teratur dan sistem kawalan keselamatan perlindungan yang cekap dapat mengelakkan berlakunya keciciran, kehilangan dokumen atau fail dan dapat menjaga keselamatan rekod dari berlakunya ketirisan maklumat khususnya di JKR WPP.

Berita Disediakan Oleh

Bahagian Pengurusan Korporat

JKR W.P. Putrajaya.

bottom of page