top of page
Kunjungan Silatulrahim Timbalan Menteri Kerja Raya ke JKR WP Putrajaya

Tarikh : 24hb Jun 2019 (Isnin)

Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Tuan Haji Mohd Anuar Mohd Tahir mengunjungi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya dalam siri lawatan kerja menyantuni warga kerja raya.

 

Ketibaan YB Timbalan Menteri disambut oleh Pengarah JKR WP Putrajaya Iaitu Dato' Ir. Hj. Habbali Bin Ibrahim. Majlis dimulakan dengan persembahan montaj dan diikuti dengan ucapan aluan serta penerangan mengenai struktur dan fungsi organisasi JKR WP Putrajaya.

 

YB Timbalan Menteri turut menyampaikan sepatah dua kata kepada semua hadirin dan turut melawat ruang kerja JKR WP Putrajaya ini serta menyantuni warga kerja yang turut tidak melepaskan peluang bertemu secara langsung dengan YB Timbalan Menteri.

Berita Disediakan Oleh:

Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi)

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

bottom of page