top of page
Kursus Pengenalan Kepada CIPAA 2012:
Tuntutan Adjudikasi - Jangan Ambil Mudah!

Tarikh : 29 Jun 2018

JKR WP Putrajaya telah menganjurkan Kursus bertajuk CIPAA 2012: Tuntutan Adjudikasi Jangan Ambil Mudah! melalui Slot Perkongsian Ilmu oleh Bahagian Arkitek. Kursus yang memakan masa selama 3 jam setengah bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 12.30 tengahari ini telah dilaksanakan pada 29 Jun 2018 yang lalu, bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, JKR WP Putrajaya.

 

Selari dengan penguatkuasaan enakmen Akta CIPA bermula 2014 yang terpakai kepada semua kontrak kerja pembinaan, pembekalan barangan binaan dan kontrak rundingan pembinaan di Malaysia dengan menghadiri kursus ini, peserta akan didedahkan terhadap:

 

  1. Isu-isu berkenaan prosedur penting yang terlibat di dalam proses adjudikasi merujuk kepada kes undang-undang sebelum ini.

 

  1. Penerangan terhadap seksyen-seksyen penting di dalam CIPAA 2012 (Akta) dan bagaimana mahkamah melihat dan mentafsirnya dalam membuat keputusan.

 

Bagi mencapai objektif kursus ini Sr Jaspal Singh a/l Nachatar Singh, Juruukur Bahan Kanan di CDPK, JKR yang juga merupakan seorang Adjudicator telah dilantik sebagai penceramah bagi mengupas topik yang telah ditetapkan. Kandungan kursus pula telah direka dengan merangkumi topik-topik seperti berikut:

 

I.Introduction to CIPAA 2012

II.An Overview of the Adjudication Process: -

 

  1. Pre-Adjudication Stage: Payment Claim & Response, Right to refer dispute to Adjudication as per Section 5, 6 & 7

  2. Initiating the Adjudication Stage pursuant to Section 8

 

  1. How to select & appoint the Adjudicator per Section 21 – 23

 

  1. The Adjudication Claim, Response, Reply, etc. pursuant to Section 9-11

III.Miscellaneous issues and a question and answer session on the topic

 

Kursus telah dilaksanakan di dalam medium Bahasa Melayu. Serama 51 wakil peserta dari setiap bahagian JKRWPP telah menghadiri program ini termasuk  YBhg Dato’ Pengarah JKR WP Putrajaya dan Timbalan Pengarah.

 

Berdasarkan  maklumbalas  yang  diterima  oleh  pihak  urus  setia,  dapat  dirumuskan bahawa Kursus CIPAA 2012: ‘Tuntutan Adjudikasi Jangan Ambil Mudah’ ini boleh dikatakan berjaya. Ini kerana ia bukan sahaja sedikit sebanyak telah menepati objektifnya, malah maklumbalas peserta yang diperoleh dalam aspek kualiti kandungan ceramah dan keurusetiaan adalah sangat baik.

Berita Disediakan Oleh

Jawatankuasa

Nur Nawwar Binti Ahmad Farouk

Arkitek

Bahagian Arkitek

JKR W.P. Putrajaya.

bottom of page