top of page
Kursus Kesedaran Keselamatan Perlindungan Bagi Dokumen Terperingkat JKR WP Putrajaya

Tarikh : 23hb Sep 2020 (Rabu)

Kursus Kesedaran Keselamatan Perlindungan Bagi Dokumen Terperingkat telah diadakan selama 2 hari bermula 22-23 September bertempat di Bilik Latihan Aras 6, JKR WP Putrajaya melibatkan seramai 28 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan profersional dan sokongan.

Pihak JKR WP Putrajaya telah menjemput 2 orang penceramah daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) iaitu En. Anuar Bin Seran dan En. Mohd Rasyid Bin Che Abdullah selaku Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia.Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan kefahaman kepada pegawai JKR WP Putrajaya dalam menguruskan dokumen terperingkat mengikut prosedur yang betul.

Antara kandungan kursus adalah berkenaan tatacara yang betul bagi penyimpanan serta edaran dokumen terperingkat. Selain itu peserta juga didedahkan berkenaan tugas-tugas Pendaftar Rahsia serta tindakan yang boleh diambil oleh Ketua Jabatan terhadap kakitangan yang mendedahkan Dokumen Rasmi Kerajaan kepada orang yang tidak sepatutnya.

Semoga kursus ini dapat memberi manfaat sebaiknya kepada kakitangan JKR WP Putrajaya.

Berita Disediakan Oleh

Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi)

JKR WP Putrajaya

bottom of page