top of page
Kursus Pensijilan MyCrest Qualified Professional Sesi 2/2018

Tarikh : 12 April 2018

Seusai kejayaan pelaksanaan Kursus Pensijilan MyCREST Qualified Professional (QP) sesi 1 pada 13hb Mac 2018 hingga 15hb Mac 2018, JKR WP Putrajaya sekali lagi telah mengadakan siri kedua pada 10hb April 2018 sehingga 12hb April 2018. Sesi kedua ini telah berjaya mengumpulkan seramai 35 orang pegawai yang terdiri daripada semua disiplin teknikal iaitu Arkitek, Jurutera Awam, Jurutera Elektrik, Jurutera Mekanikal, Juruukur Bahan dan Juruukur Bangunan.

Selaras sebagai pemacu utama Pengurusan Fasiliti kearah Putrajaya Green City 2020, kursus ini diharap dapat meningkatkan lagi pengetahuan pegawai yang menguruskan aset-aset di Putrajaya yang seterusnya menerapkan pengetahuan ke dalam tugasan harian dan membawa nama JKR WP Putrajaya ke peringkat antarabangsa.

 

Penceramah jemputan bagi sesi kedua adalah Encik Ir Dr Haji Mukhtar Bin Che Ali. Berikut adalah agenda sepanjang kursus:

 

Hari Pertama:

  1. Pengenalan MyCREST – Aim, Key Definition, MyCREST Tools

  2. MyCREST Scorecard – Criteria and Sub-criteria

  3. Fundamental MyCREST, MyCREST Components

 

Hari Kedua:

  1. Pembahagian Kumpulan dan taklimat tugasan

  2. Sambungan MyCREST Scorecard – Design, Construction and Operation & Maintenance Stage

  3. Ciri-Ciri dan keperluan bagi seorang Qualified Proffesional (QP)

 

Hari Ketiga:

  1. Kriteria Penilaian

  2. Latihan pengiraan

  3. Penilaian kursus

 

Pihak JKR WP Putrajaya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak CIDB kerana turut membantu dalam menjayakan program yang dianjurkan kali ini. Harapan kami agar program QP ini mendapat sambutan daripada semua pihak samada pihak pelanggan mahupun pihak agensi kerajaan yang lain.

Berita disediakan oleh:


Mohd Shahriman Bin Abd. Latef

Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan

Jawatankuasa Lestari dan Pengurusan Tenaga

JKR WP Putrajaya

bottom of page