top of page
Kursus Penarafan Hijau MyCREST

Tarikh : 8 Februari 2018

Kursus Penarafan Hijau MyCREST telah diadakan dengan jayanya pada 8 Februari 2018 (Khamis) yang turut dihadiri oleh YBhg. Dato Ir. Haji Habbali bin Ibrahim, Pengarah JKR Putrajaya, Ir. Syed Jaafar Idid bin Syed Abdyllah Idid, Timbalan Pengarah serta ketua-ketua bahagian JKR Putrajaya.  Kursus ini diadakan sebagai pengenalan kepada MyCREST iaitu salah satu penarafan hijau yang dibangunkan bersama oleh JKR dan CIDB.

 

Sesi pagi dimulakan dengan Taklimat Pelaksanaan Penarafan Hijau MyCREST oleh Encik Adam bin Abdullah dari Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga. Seterusnya kursus diteruskan dengan Taklimat Pengenalan kepada MyCREST CIDB dan Project Briefing oleh Encik Rizalman dari Sustainable Construction Excellence Creative (MAMPAN) CIDB Malaysia. Kursus ini melibatkan semua Pegawai Pengurusan dan Profesional, JKR Putrajaya serta wakil pihak kontraktor penyenggaraan.

 

Sesi petang pula diadakan penerangan bagi Penilaian Penarafan 8 bangunan terpilih di JKR WP Putrajaya yang dihadiri oleh PIC, verifier serta pasukan penyenggaraan bangunan terpilih iaitu:

  1. Bangunan Pejabat Kerajaan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK)

  2. Bangunan Pejabat Kerajaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

  3. Kompleks Bangunan Kerajaan Istana Kehakiman (POJ)

  4. Bangunan Pejabat Kerajaan Kementerian Pembangunan Wanita,  Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)

  5. Kompleks Kementerian Luar Negeri (WP1)

  6. Kompleks Kementerian Luar Negeri (WP2)

  7. Bangunan Pejabat Kerajaan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)

  8. Bangunan Pejabat Kerajaan Kementrian Komunikasi dan Multimedia (KKMM)

 

Semoga kursus ini dapat menjadi titik permulaan dalam memastikan JKR Putrajaya sebagai agen penting dalam menyokong misi Putrajaya GreenCity 2025 untuk memberi penarafan hijau kepada semua bangunan di Putrajaya

 

Disediakan oleh ;

Nur Faezah binti Fauzi

Wakil Bahagian Senggara Zon 3 & Kejuruteraan Elektrik

Jawatankuasa Lestari dan Pengurusan Tenaga

bottom of page