top of page
Lawatan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

Tarikh : 14hb Ogos 2018 (Selasa)

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP) telah menerima kunjungan pelawat dari Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Lawatan yang diketuai oleh Pn. Rohaya Binti Sulong  bersama  25  pegawai dan kakitangan MAIWP  bertujuan untuk melihat dan berkongsi pengetahuan  pelaksanaan amalan EKSA di JKR WPP.
Selepas sesi taklimat yang disampaikan oleh En. Mohd Shahriman Bin  Abd Latef selaku Ahli JK Latihan dan Keseragaman EKSA JKR WPP, rombongan di bawa melawat ke sekitar zon-zon terlibat   bagi melihat suasana sebenar amalan EKSA di Pejabat  ini.

Berita Disediakan Oleh

AJK EKSA

JKR W.P. Putrajaya.

bottom of page