top of page
Lawatan Teknikal Ke Alliance Precast Industries Sdn Bhd (API) Ulu Yam, Selangor

Tarikh : 22hb Jan 2020 (Rabu)

Pada 22 Januari 2020 Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi) telah menganjurkan satu lawatan ke kilang pembekal produk konkrit (precast) Alliance Precast Industries Sdn Bhd (API) bertempat di Ulu Yam, Selangor.

 

Alliance Precast Industries Sdn Bhd (API) telah menjadi jenama produk konkrit di dalam industri infrastruktur dan bangunan Malaysia sejak tahun 2000. Antara perkembangan berprestijnya termasuk KLCC, KLIA 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Padang Besar ke Projek Jejambat Double Ipoh, Stesen MRT dan banyak lagi.

 

Matlamat utama lawatan ini adalah untuk melihat dengan lebih dekat cara dan kaedah pembuatan produk konkrit antaranya prestressed concrete beam, concrete parapet wall, u-shape L-shape drain, box culvert, API Pipelplus™ Vertical Cast R.C.Pipes, reinforced concrete pipes (VC Pipes), concrete manhole, jersey barrier, API large diameter pipe dan concrete spun pipe lawatan ini mampu meningkatkan kefahaman serta pengetahuan pegawai dalam operasi pemasangan dan penyenggaraan produk ini.

 

Seramai 24 orang pegawai yang menyertai lawatan ini dan berpeluang memperolehi ilmu yang dikongsi oleh Manager Mr Sebestiane Chua. Para pegawai dibawa melawat sekitar kawasan kilang untuk melihat sendiri proses pembuatan bahan binaan konkrit tersebut.

 

API menawarkan pelbagai produk konkrit pratuang berkualiti. Produk precast ini dibuat dengan simen abu Portland dan simen Portland-slag, yang dihasilkan dengan PFA dan High Granulated Blast Furnace Slag (GGBS) yang berkualiti serta disesuaikan dengan pelbagai keperluan teknikal yang disenaraikan dalam MS523 dan MS EN 197. API Juga menyediakan penyelesaian precast yang disesuaikan untuk memenuhi spesifikasi dan keperluan yang berbeza kepada pelanggan.

 

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya berterima kasih atas kesudian pihak Alliance Precast Industries Sdn Bhd (API) menerima kunjungan lawatan ini.

Berita Disediakan Oleh:

Unit Pengurusan Strategik & Intervensi

JKR WP Putrajaya

bottom of page