top of page
Sesi Lawatan Tenaga ke Bangunan Diamond Suruhanjaya Tenaga, Putrajaya

Tarikh : 10hb Sep 2019 (Selasa)

Sistem Pengurusan Tenaga (SPT) Kompleks C telah menganjurkan satu Sesi Lawatan Tenaga ke Bangunan Diamond, di Suruhanjaya Tenaga (ST), Presint 2, Putrajaya, di bawah program tahunan Sistem Pengurusan Tenaga (SPT) dengan kerjasama pihak Pengurusan Fasiliti Kompleks C iaitu THP Sinar Sdn Bhd. Sesi lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada warga Kompleks C tentang program cekap tenaga yang dilaksanakan di bangunan ST. Sesi lawatan ini berlansung selama tiga jam bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Seramai 23 orang peserta yang terlibat dalam sesi lawatan ini, terdiri daripada wakil-wakil setiap jabatan yang terdapat di Kompleks C.

 

Tujuan lawatan ini dijalankan adalah untuk memberi pengenalan dan pendedahan kepada warga kakitangan Kompleks C tentang struktur bangunan cekap tenaga yang ada  di Bangunan Suruhanjaya Tenaga (ST), serta sesi perkongsian ilmu tentang cara-cara penjimatan tenaga yang diaplikasikan. Terdapat beberapa elemen yang dititikberatkan dalam stuktur reka bentuk Bangunan ST yang menyumbang kepada penjimatan tenaga. Antaranya ialah Kecekapan Tenaga, Kecekapan Air, kualiti Persekitaran Dalaman, Kualiti Persekitaran Luaran, dan Tenaga Boleh Diperbaharui.

 

Hasil daripada lawatan ini akan direkodkan untuk rujukan pada masa akan datang dan dapat memberi pengetahuan yang baru tentang langkah-langkah yang boleh diimplementasikan di Kompleks C pada masa akan datang sebagai satu langkah untuk memartabatkan konsep ‘Green Building’ di Putrajaya.

 

Justeru itu, sesi lawatan sebegini sangat digalakkan dan perlu diadakan lagi pada masa akan datang sebagai garis panduan yang boleh diaplikasikan di Kompleks C.

Berita Disediakan Oleh

Jawatankuasa Sistem Pengurusan Tenaga (SPT)

JKR WP Putrajaya

bottom of page