top of page
Lawatan Pemantauan Kementerian Kewangan Malaysia Dan Unit Pelarasan Pelaksanaan,Jabatan Perdana Menteri Ke Tapak Projek Pembinaan Bilik Darjah
Konsep Di Sekolah-Sekolah Rendah Putrajaya (Pakej 1 & 2)

Tarikh : 19hb Disember 2018 (Rabu)

Lawatan Pemantauan Kementerian Kewangan Malaysia Dan Unit Pelarasan Pelaksanaan,Jabatan Perdana Menteri Ke Tapak Projek Pembinaan Bilik Darjah Konsep Di Sekolah-Sekolah Rendah Putrajaya (Pakej 1 & 2) telah diadakan pada 19 Disember 2018 (Rabu).

Turut hadir bersama ialah YBhg. Dato' Zamzuri Abdul Aziz SUB Bahagian Perolehan Kerajaan MOF, TKPKR (Pembangunan), Kementerian Perlajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Cawangan Kerja Pendidikan JKR Malaysia dan Cawangan Arkitek JKR Malaysia.

 

Kesemua yang hadir berpuas hati dengan hasil kerja 35 buah bilik darjah konsep yang kini telah siap sepenuhnya dimana ia mula dibina daripada tarikh milik tapak pada 15 Oktober 2018. Ia berjaya siap lebih awal daripada tarikh siap projek yang ditetapkan pada 31 Disember 2018. Keseluruhan bilik darjah ini sedia untuk digunakan bagi sesi persekolahan tahun 2019.

 

Berita Disediakan Oleh

Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi)

JKR WP Putrajaya

bottom of page