top of page
Lawatan Turun Padang Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) ke Tapak Projek Tambahan 35 Bilik Darjah Sekolah-sekolah Di Wilayah Persekutuan Putrajaya

Tarikh : 22hb Feb 2021 (Isnin)

 

Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly Bin Sulaiman telah mengadakan Lawatan Turun Padang ke Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2), Putrajaya bagi memantau kemajuan kerja di tapak. Lawatan ini turut dihadiri oleh Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya, YBrs. Ir. Anita Binti Mohamed Shafie, Bahagian Pengurusan Projek dan juga Bahagian Kontrak & Ukur Bahan.

 

Projek ini menggunakan kaedah MRCB Building System (MBS) iaitu Pembinaan Volumetrik Prafabrik (PPVC) oleh pihak Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) yang dijadualkan siap pada 9 Mac 2021. Pembinaan Tambahan 35 Bilik Darjah ini melibatkan 5 buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2),  Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1), Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 17(1), Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 18(1) dan Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 14(1).

 

Berita disediakan oleh:

Bahagian Pengurusan Projek (BPP)

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

bottom of page