top of page
Lawatan Pemantauan Sistem Lampu Fasad Bangunan - Bangunan Kerajaan Di Core Island, Putrajaya

Tarikh : 17hb Ogos 2018 (Jumaat)

Pada tanggal 17hb Ogos 2018, satu program yang dikelolakan oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu Lawatan Pemantauan Sistem Lampu Fasad Bangunan Kerajaan di Core Island, Putrajaya bersama dengan YB Tuan Eddin Syazlee Shith, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia dan YBhg Dato’ Hj Habbali bin Ibrahim, Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya dan diiringi Timbalan Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya, Tuan Syed Abdyllah Idid telah diadakan dengan jayanya.

 

Lawatan pemantauan tersebut bermula dari jam 8:30 malam di Dataran Putra dan berakhir pada jam 10:30 malam di Dataran Gemilang. Agenda utama lawatan ini adalah bertujuan untuk memantau keberkesanan serta persediaan sistem lampu fasad di setiap 24 buah bangunan yang diselenggara dibawah kontrak JKR WPP bagi persediaan Program Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31hb Ogos 2018 di Putrajaya.

 

Antara agensi yang turut hadir pada malam tersebut adalah:-

  • Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia

  • Kementerian Wilayah Persekutuan

  • JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya – urusetia program lawatan

  • Perbadanan Putrajaya

 

Bahagian Arkitek JKR WPP selaku urusetia dan pegawai-pegawai dari Zon 1, 2 dan 3 JKR WPP juga turut hadir bersama.

Hasil daripada program lawatan tersebut, YB Timbalan Menteri amatlah berpuas hati dengan persediaan sistem lampu fasad dan memuji kesungguhan dan komitmen tinggi dari pegawai-pegawai di JKR WPP.

Berita Disediakan Oleh

Bahagian Arkitek

Pn. Nur Nawwar binti Ahmad Farouk

JKR W.P. Putrajaya.

bottom of page