top of page
Lawatan Tapak Projek Pembinaan Tambahan 35 Bilik Darjah Di Sekolah-Sekolah WP Putrajaya Bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia

Tarikh : 26hb Jan 2021 (Selasa)

Satu lawatan tapak telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Presint 9(2) dan Sekolah Kebangsaan Presint 18(1) bagi melihat kemajuan kerja projek Pembinaan Tambahan 35 Bilik Darjah Di Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan Putrajaya.

 

Lawatan tapak tersebut dihadiri oleh YBhg Datuk Yusran Shah Bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), YBrs. Ir. Anita Binti Mohamed Shafie, Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya serta pegawai-pegawai daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya, Perunding Min Consult dan pihak kontraktor Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).

 

Hasil daripada lawatan tapak tersebut pihak KPM berharap agar projek tersebut dapat disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan disamping menjaga ‘Standard of Procedure (SOP)’ bagi pencegahan Covid19.

 

Lawatan bermula di Sekolah Kebangsaan Presint 9(2) pada jam 9.30 pagi dan berakhir di Sekolah Kebangsaan Presint 18(1) pada jam 12.30 tengah hari.

Berita Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Projek

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

bottom of page