top of page
Lawatan Teknikal Daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor

Tarikh : 04hb Mac 2020 (Rabu)

Pada tarikh 3hb Mac 2020, Selasa, JKR WP Putrajaya telah menerima lawatan teknikal daripada pihak pengurusan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor. Perjumpaan ini berlangsung dari jam 2.30 petang sehingga 5.00 petang, bertempat di Bilik Persidangan Ziyad ibn Abih, JKR WP Putrajaya. Program ini telah dipengerusikan oleh Y.Brs. Ir. Ibtisham Bin L Saleh selaku Timbalan Pengarah JKR WP Putrajaya, melibatkan 10 orang pegawai JKR WP Putrajaya dan 5 orang wakil pegawai dari UTM.

 

Lawatan teknikal ini diadakan bagi tujuan perkongsian ilmu serta mendapatkan khidmat nasihat daripada JKR WP Putrajaya dalam menguruskan kontrak pengurusan fasiliti dan penyenggaraan bangunan UTM sedia ada.

Semoga dengan terlaksananya lawatan teknikal ini, kerjasama diantara kedua-dua pihak akan berterusan pada masa akan datang.

Berita Disediakan Oleh:

Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi)

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

bottom of page