top of page
Lawatan KPKR Ke Projek Pembinaan Bilik Darjah Konsep
di Sekolah Rendah Putrajaya

Tarikh : 06hb Disember 2018 (Khamis)

Pada 07 Disember 2018, Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato' Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha telah mengadakan lawatan ke projek pembinaan Bilik Darjah Konsep di sekolah-sekolah rendah Putrajaya bagi melihat sendiri kemajuan projek tersebut. Projek ini melibatkan keseluruhan 35 bilik darjah bermula pada 15 Oktober 2018 dan telah siap sebanyak 80%. Ia dijangkakan siap sepenuhnya lebih awal 15 hari daripada tarikh siap kerja asal 31 Disember 2018 dan bakal digunakan untuk sesi pembelajaran tahun 2019.

 

Antara sekolah-sekolah rendah di putrajaya yang telibat adalah:

1)  SK Presint 5(1) = 2 Blok (6 Bilik Darjah) 
2)  SK Presint 8(1) = 1 Blok (2 Bilik Darjah)
3)  SK Presint 8(2) = 1 Blok (2 Bilik Darjah)
4)  SK Presint 9(1) = 1 Blok (2 Bilik Darjah)
5)  SK Presint 9(2) = 1 Blok (3 Bilik Darjah)
6)  SK Presint 11(1) = 1 Blok (3 Bilik Darjah)
7)  SK Presint 14(1) = 1 Blok (3 Bilik Darjah)
8)  SK Presint 17(1) = 2 Blok (6 Bilik Darjah)
9)  SK Presint 18(1) = 2 Blok (5 Bilik Darjah)
10) SK Presnit 18 (2) = 1 Blok (3 Bilik Darjah)

Hasil tinjauan KPKR, beliau amat berpuashati dengan laporan kemajuan tapak projek pembinaan Bilik Darjah Konsep di sekolah-sekolah rendah Putrajaya ini, ia akan dapat disiapkan awal bagi menampung keperluan persekolahan tahun depan seperti mana yang dirancangkan.

 

Berita Disediakan Oleh

Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi)

JKR WP Putrajaya

bottom of page