top of page
Majlis Simbolik Penyerahan Bendera Kontijen JKR WP Putrajaya

Tarikh : 08hb Februari 2019 (Jumaat)

Majlis Simbolik Penyerahan Bendera Kontijen JKR WP Putrajaya telah diadakan sebelum pasukan JKR WP Putrajaya yang dijangka bertolak ke temasya Sukan JKR Malaysia, Kota Kinabalu Sabah yang akan berlangsung pada 22-24 Feb 2019. Pada majlis tersebut, Y.Bhg. Dato Ir. Hj. Habbali Bin Ibrahim selaku Yang Dipertua Kelab Sukan, Sosial & Kebajikan, JKR WP Putrajaya sudi meluangkan masa bagi menyempurnakan majlis.

 

Pada temasya sukan itu nanti, tiga acara yang akan disertai oleh kontijen iaitu acara Bowling, Badminton dan Golf. YBhg. Dato YDP KSSK telah memberi kata-kata semangat kepada para peserta acara yang terlibat agar berjuang habis-habisan bagi mencapai misi pingat emas bagi setiap acara. Nasihat beliau lagi, setiap peserta perlu menyemai semangat kerjasama berpasukan dan setidak-tidaknya berjaya menaiki podium.

 

Berita Disediakan Oleh:

En. Noor Azizi bin Arifin

Juruukur Bangunan J44

Bahagian Senggara Zon 2, JKR WP Putrajaya

bottom of page