top of page
Majlis Penyerahan Projek Kerja-Kerja Pembaikan Sekolah Menengah KebangsaanPresint 18 (1), Wilayah Persekutuan Putrajaya

Tarikh : 22 Februari 2018

SMK Putrajaya Presint 18(1) : Bahagian Pengurusan Projek (BPP) telah mengadakan Majlis Penyerahan Projek Kerja-kerja Pembaikan Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 18(1) kepada Kementerian Pendidikan Malaysia pada 22 Februari 2018.  Projek ini telah siap mengikut tarikh seperti didalam kontrak iaitu 2 Februari 2018. Untuk pengetahuan umum, projek ini telah dimulakan pada 3 April 2017 dengan tempoh kontrak selama 10 bulan. Projek ini juga telah berjaya disiapkan 3 in 1 iaitu bersama CPC, SOFA dan Lukisan Terbina sepertimana yang disarankan oleh Y.Bhg. Dato’ Sri KPKR

JKR WP Putrajaya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak kontraktor, pihak pelanggan dan semua yang terlibat kerana telah memberi kerjasama yang baik dalam pelaksanaan projek ini.

Majlis Penyerahan telah disempurnakan dengan penyampaian Dokumen Penyerahan oleh Ir. Syed Jaafar Idid Bin Syed Abdyllah Idid (Timbalan Pengarah JKRWPP) selaku Pegawai Penguasa (SO) projek ini kepada Wakil Kementerian Pendidikan Malaysia.

Agensi terlibat yang hadir adalah daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Pengetua SMK P18(1), Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan (Ibu Pejabat JKR), JKR WP Putrajaya.

Berita disediakan oleh:


Bahagian Pengurusan Projek
JKR WP Putrajaya

bottom of page