top of page
Majlis Perpisahan Pegawai & Kakitangan Bahagian Senggara Zon 3 Kejuruteraan Elektrik

Tarikh : 05 March 2018

Majlis Perpisahan Pegawai & Kakitangan Bahagian Senggara Zon 3/ Kejuruteraan Elektrik telah diadakan pada 5 Mac 2018 (Isnin) bertempat di Bilik Bincang Wira, Aras 2, JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya.

 

Majlis ini diadakan juga bagi meraikan En. Hassim bin Idin diatas kenaikan pangkat ke jawatan Jurutera Elektrik Penguasa Kanan, Gred J54 (KUP) dimana penempatan baharu beliau adalah di Bahagian Pengurusan Projek, JKR Putrajaya. Manakala kakitangan yang telah bertukar keluar adalah Encik Mohammad Hafiz bin Zahari dan Encik Che Hazrien bin Che Hussian. Dalam menghargai jasa dan sumbangan yang telah diberi oleh mereka yang pernah berkhidmat di Zon 3 sebelum ini, urusetia majlis telah menyediakan sedikit cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada mereka.

 

Selamat maju jaya diucapkan kepada pegawai-pegawai yang berpindah.

Berita disediakan oleh:


Bahagian Senggara Zon 3
JKR WP Putrajaya

bottom of page