top of page
Majlis Tahlil bersama Anak Yatim Darul Izzah

Tarikh : 08 hb Nov 2019 (Jumaat)

Biro Kebajikan melalui Kelab Sukan, Sosial Dan Kebajikan JKR WPP telah berjaya mengadakan majlis Tahlil bersama anak-anak yatim Darul Izzah Bangi setelah usai solat maghrib. Majlis telah diadakan di Surau Darul Izzah.

 

Majlis yang bermula pada jam 6.00 petang telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Ir Hj Habbali Bin Ibrahim (Pengarah, JKR WPP), Hj. Masri Bin Baharuddin (Ketua Biro Kebajikan), En Mohd Ikram Bin Mahmod, En Hj Ismail Bin Hussaini, En Mohd Shahriman Bin Abd. Latef, En Rosleen Bin Kasim dan kakitangan bahagian kuarters yang lain.

 

Majlis seterusnya disambung dengan majlis makan malam bersama-sama anak yatim dan pihak pengurusan Darul Izzah. Alhamdulillah kerjasama yang diberikan oleh pihak pengurusan Darul Izzah dan semua pihak dalam menjayakan majlis tahlil ini amat baik.

 

Syukur ke hadrat illahi kerana majlis yang dirancang setelah kejayaan mengadakan majlis iftar ramadhan telah terlaksana jua dan semoga ikatan silaturahim di antara Pengurusan Anak Yatim Darul Izzah dan JKR WP Putrajaya bertambah erat. Semoga usaha murni kita semua mendapat berkat dan rahmat dari Allah.

Majlis tahlil dan makan malam selesai pada jam 9.30 malam.

 

Berita Disediakan Oleh

Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan

JKR WP Putrajaya

bottom of page