top of page
Majlis Meraikan Jasa Tn Hj Md Zaini bin Tumin

Tarikh : 15hb November 2018 (Khamis)

Bahagian Arkitek telah meraikan jasa Pembantu Pegawai Senibina Kanan Gred 36, Tuan Hj Md Zaini bin Tumin sempena persaraan beliau pada 2 Disember 2018.

 

Tuan Hj Md Zaini bin Tumin mula menabur bakti sebagai pegawai JKR pada tahun 1980 sebagai Juruteknik Senibina di Cawangan Kesihatan IPJKR. Beliau kemudiannya meneruskan khidmatnya sebagai Pembantu Teknik Senibina Tingkatan Biasa di cawangan yang sama sebelum ditukarkan ke JKR WP Putrajaya pada tahun 2003. Tuan Hj Md Zaini kemudiannya dinaikkan pangkat dan mendokong jawatan Penolong Pegawai Senibina Kanan gred 36 di JKR WP Putrajaya bermula pada tahun 2011 sehingga Disember 2018.

 

Majlis penghargaan khusus untuk beliau ini telah diadakan di Bilik Taklimat Bahan bersama-sama semua kakitangan Bahagian Arkitek dan diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Pengarah JKR WP Putrajaya diiringi semua Ketua-ketua Bahagian. Isteri kepada pegawai turut hadir sebagai jemputan khas. Aturcara dimuatkan dengan ucapan penghargaan daripada pengerusi majlis, ucapan daripada pegawai yang dirai serta ucapan balas daripada Pn Haslina binti Sumairi selaku Ketua Bahagian Arkitek, JKR WP Putrajaya. Majlis kemudiannya diakhiri dengan penyerahan cenderahati tanda ingatan kepada pegawai.

 

Bahagian Arkitek khususnya amat menghargai jasa-jasa Tuan Hj Md Zaini bin Tumin sepanjang 15 tahun bersama-sama di JKR WP Putrajaya sejak dari awal pertubuhan pasukan projek JKR di Putrajaya. Terima kasih diucapkan dan semoga jalinan ukhwah berkekalan.

Berita Disediakan Oleh

Bahagian Arkitek

JKR WP Putrajaya

bottom of page