top of page
Kerja-Kerja Menyelenggara Surau Al ILLiyyin, Wisma Putra, Kementerian Luar Negeri Malaysia, Presint 2, Putrajaya

Tarikh : 22 May 2018

           

Bahagian Pengurusan Projek, JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya telah melaksanakan sebutharga menyelenggara surau Wisma Putra, Kementerian Luar Negeri Malaysia. Kerja-Kerja yang terlibat adalah pengantian karpet, langsir pemisah surau lelaki dan perempuan, penggantian interlocking floor mats anti slip dan kerja-kerja mengecat dinding surau.

 

Kerja berkenaan bermula pada 2 Mei 2018 dan telah siap pada 15 Mei 2018 iaitu selama tempoh 14 hari.

Surau berkenaan telah dapat digunakan sepenuhnya semula pada 16 Mei 2018 iaitu sehari sebelum bulan Ramadan.

Bahagian Pengurusan Projek dengan bantuan Bahagian Arkitek telah membuat penilaian kerja berkenaan pada 21 Mei 2018 dan dan pihak pelanggan berpuashati dengan hasil pemasangan karpet tersebut.

Berita Disediakan Oleh

Bahagian Pengurusan Projek

JKR WP Putrajaya

bottom of page