top of page
Mesyuarat Penyelarasan Dan Tinjauan Awalan Jabatan Perdana Menteri

Tarikh : 28hb Sep 2020 (Isnin)

Mesyuarat Penyelarasan Dan Tinjauan Awalan Jabatan Perdana Menteri telah diadakan pada 28 September 2020 bertempat di Bilik Persidangan Ziyad Ibn Abih, aras 8, JKR WP Putrajaya. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh TKSU (Pengurusan) Jabatan Perdana Menteri iaitu Ybhg. Datuk Mohammad Bin Ismail, turut hadir sama wakil JPM serta wakil JKR daripada CSFB, CKE, CKM dan CA.

Tinjauan pengurusan dan senggara fasiliti meliputi bangunan rasmi Jabatan Perdana Menteri iaitu Istana Melawati, Seri Perdana dan Sri Satria. Sesi pagi dimulakan dengan pembentangan maklumat umum bangunan, kerja-kerja penyelenggaraan yang telah siap dan sedang dilaksanakan serta isu-isu berkaitan penyelenggaraan manakala sebelah petang pula diadakan lawatan teknikal ke bangunan tersebut.

Berita Disediakan Oleh

Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi)

JKR WP Putrajaya

bottom of page