top of page
Mesyuarat Persijilan MyCREST Qualified Profesional (QP) Sesi 2/2019

Tarikh : 29hb Mac 2019 (Jumaat)

Bahagian Arkitek dan Jawatankuasa Lestari JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan kerjasama CIDB, telah menganjurkan sesi Mesyuarat Persijilan MyCREST Qualified Profesional (QP) SESI 2 yang telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 28 Mac 2019 (Khamis) hingga 29 Mac 2019 (Jumaat). Program ini telah berlangsung di Bilik Kuliah 1, Aras 4, Bangunan ITITC, Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bangi, dan telah disertai seramai 42 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya. Mesyuarat ini juga telah dihadiri oleh Ir. Dr. Hj. Mokhtar Bin Ali, Dr. Foo Chee Hung dan En. Khamarul Ashraaf Bin Arif dari CIDB.

 

   Program ini dijalankan susulan daripada Mesyuarat Persijilan MyCREST QP yang telah diadakan pada 27/02/2019 yang lepas. Bagi menyediakan kakitangan JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya yang kompeten dalam membuat penilaian bagi penarafan hijau MyCREST agar selari dengan hasrat untuk memberi penarafan hijau kepada semua bangunan yang diselenggara oleh JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya dan menyokong usaha pelaksanaan Pelan Strategik JKR 2016-2020 yang mana merupakan KPI Ketua Pengarah Kerja Raya dari segi pelaksanaan bangunan hijau dan selaras dengan sasaran dalam Pelan Bisnes JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu Tema 4 Memacu Kelestarian.

   

   Semoga penganjuran mesyuarat sesi 2 ini dapat meneruskan kesinambungan daripada perancangan lestari JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya yang telah dimulakan semenjak tahun 2017.

Berita Disediakan Oleh:

Syahir Bin Samsuri

Bahagian Arkitek,

Jawatankuasa Lestari,

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya.

bottom of page