top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA (SST) BAGI CADANGAN KERJA – KERJA PEMBAIKAN DAN NAIKTARAF KAFETERIAN BLOK C3 (ARAS BAWAH), UNTUK BAHAGIAN PENGURUSAN HARTANAH (BPH), KOMPLEKS C, PT1111, PRESINT 1, WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

Tarikh : 26hb Mac 2024 (Selasa)

 

Satu majlis penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Dokumen Kontrak (3 dalam 1) bagi Kerja – Kerja Pembaikan Dan Naiktaraf Kafeteria Blok C3 (Aras Bawah) Untuk Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Kompleks C, PT1111, Presint 1, Wilayah Persekutuan Putrajaya telah di adakan pada 26 Mac 2024 bertempat di JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya.

 

Kontraktor yang berjaya ialah Syarikat GS Maju Teguh Sdn Bhd dengan kos kontrak sebanyak RM1,321,000.00. Taklimat ringkas berkenaan butiran kontrak juga telah disampaikan oleh En. Noridham bin Mohd Basri Juruukur Bahan Penguasa daripada Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan, JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya. Sesi penyerahan SST dan dokumen kontrak (3 dalam 1) ini telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Ir. Asha’ari Bin Hj Hassan, Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya selaku Pegawai Penguasa (SO) bagi projek ini.

 

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Surat Perwakilan Kuasa oleh YBrs. Tuan Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya kepada Puan Ir. Ts. Hajah Sarimah binti Ahmad Jurutera Awam Penguasa Kanan selaku Wakil Pegawai Penguasa di Bahagian Pengurusan Projek, JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya.

 

Majlis turut dihadiri oleh wakil pelanggan dari Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) Jabatan Perdana Menteri, Bahagian Pengurusan Projek (HOPT) serta Bahagian Arkitek dan Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan selaku (HODT) JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya. Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya telah mengucapkan sekalung tahniah kepada kontraktor yang berjaya bagi projek seperti di atas. Beliau meminta agar kontraktor yang berjaya dilantik ini dapat melaksanakan tanggungjawab dan memberikan sepenuh komitmen demi memastikan kejayaan projek ini.

Berita Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Projek (BPP)
JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 18-MAC-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page