top of page
27 Kesalahan Di Dalam Bacaan Surah Al-Fatihah

Tarikh : 19hb April 2019 (Jumaat)

Pihak JKR WP Putajaya, Bahagian Senggara Zon 1 telah mengadakan program nusrah Al-Quran bertajuk "27 Kesalahan Di Dalam Bacaan Surah Al-Fatihah" yang disampaikan oleh Al-fadhil, Al-Ustaz Syahrulnizam Bin Talib (USNT) daripada Akademi Nur Ilmi, bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, JKR WP Putrajaya Aras 3. Program ini telah dihadiri seramai 53 warga kerja JKR WP Putrajaya yang dipengerusikan oleh En. Khairul Azmi bin Mohd Salleh, Jurutera Mekanikal Kanan.

Program dimulai dengan sesi taaruf iaitu Ustaz memperkenalkan diri dan diikuti dengan pengenalan kepada surah Al-Fatihah. Para peserta didedahkan dengan 27 kesalan yang sering berlaku di dalam bacaan surah Al-Fatihah. Beberapa kaedah sebutan makhraj dan hukum tajwid telah diajarkan kepada peserta agar setiap sebutan huruf dalam bacaan surah Al-Fatihah adalah tepat dan betul bagi memastikan solat yang dilakukan adalah sah.

Akhir program diadakan bacaan Al-Fatihah secara bertalaqi bersama Ustaz dan juga sesi soal jawab berkaitan dengan bacaan Al-Fatihah. Program ini banyak memberikan manfaat kepada warga kerja JKR WP Putrajaya terutamanya dalam ilmu bacaan Al-Quran dan diharap program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Berita Disediakan Oleh:

Mohd Nur Akman Bin Mohd Hanafiah

Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi)

JKR WP Putrajaya

bottom of page