top of page
Majlis Pelancaran Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

Tarikh : 24 November 2017

   Laman portal rasmi baru JKR Wilayah Persekutauan Putrajaya (https://www.jkrwpp.gov.my) telah dilancarkan oleh Dato' Ir. Haji Habbali Bin Ibrahim selaku Pengarah Jabatan pada 24hb November 2017 bertempat di Cameron Highland bersempena dengan mesyuarat Pelan Startegik JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya.

   Menerusi ucapan perasmian oleh Pengarah Jabatan, kewujudan laman portal rasmi baru ini merupakan salah satu saluran alternatif bagi memudahkan masyarakat awam, para pelanggan, juru perunding dan kontraktor dalam mencapai informasi berkaitan dengan JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya seiring dengan pembanguan ICT masa kini.

   Selanjutnya beliau menjelaskan bahawa laman portal rasmi ini juga bertujuan membudayakan warga kakitangan jabatan dan para kontraktor yang berkhidmat di bawah naugan supaya dapat mengoperasi pengolahan serta pengagihan data dengan lebih efektif dan efisen menerusi capaian applikasi pada laman portal tersebut.

   Semoga dengan adanya laman portal rasmi baru ini JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya menjadi agensi teknikal terbaik dalam memberi perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan kepada para pelanggan.

bottom of page