top of page
Pembangunan Bangunan Kerajaan Di Parcel F

Tarikh : 24 Januari 2018

PEMBANGUNAN BANGUNAN-BANGUNAN KERAJAAN DI PARCEL F, PUTRAJAYA

Parcel F adalah kompleks Pejabat Kerajaan terdiri daripada 10 blok dan terdiri daripada 9 menara pejabat serta blok kemudahan berkongsi (termasuk dewan serbaguna, surau dan kafeteria). Saiz keluasan tapaknya kira-kira 33.47 ekar. Terletak di Presint 1, dikelilingi oleh Persiaran Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah di barat, Lebuh Perdana Timur di selatan, PUSPAHANAS di utara dan Sekolah Sultan Alam Shah dan GDC Plant 1 di sebelah timur pembangunan. Projek ini adalah merupakan projek PERTAMA kerajaan yang mengaplikasikan Building Infomation Modelling, BIM dari peringkat rekabentuk sehingga ke peringkat pengurusan fasiliti.


Parcel F direkabentuk sebagai satu siri lapisan bentuk bangunan dan aliran lalu lintas yang akan menyumbang kepada pengalaman pengguna yang berbeza. Motif rekaan bangunan ini ditafsirkan dari pakaian tradisional 'songket' di mana benang benang yang berbeza digabungkan dengan rumit untuk menghasilkan bahagian terakhir.


Ideologi 'songket' telah diterapkan dalam nilai estetika dengan penggunaan pelbagai bahan, warna dan tekstur kepada pembangunan kompleks ini.

 

Pembangunan ini terdapat 3 komponen utama :

  • Podium - tempat letak kereta, kawasan servis M & E dan Service Entrance.

  • Plaza - Parklands, Zon laluan pejalan kaki, Covered Link Ways dan kawasan VIP DROP-OFF.

  • Menara Pejabat.

- Informasi oleh : Bahagian Pengurusan Projek JKRWPP

bottom of page